






KAHERAH - Keganasan dan protes mengenai undi berlaku di Mesir semalam dengan parti pemerintah diramalkan meneruskan penguasaan di Parlimen.
Beberapa pusat pengundian dicemari dengan keganasan dengan saksi-saksi menyatakan, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah pengundi di Delta Nil, utara Kaherah dan di Qena, selatan Mesir.
Pihak pemantau pilihan raya umum itu menyatakan perbuatan di luar undang-undang berlaku dengan meluas dan terdapat bukti mengenainya sejak di awal permulaan pengundian.
"Daripada permulaan pilihan raya, terdapat pelanggaran (undang-undang) termasuk penggunaan paksaan yang mengancam proses pengundian," kata Perikatan Mesir Untuk Pemantauan Pilihan Raya.
Kumpulan itu menyatakan beberapa pekerja telah mengumpulkan bukti di salah sebuah daerah berhubung salah laku di hari pengundian.
Keputusan pertama pilihan raya di negara yang diterajui Presiden Mesir, Hosni Mubarak itu akan diketahui hari ini. - AFP

JOHOR BAHRU - Kerajaan disaran berbuat sesuatu bagi menghalang rakyat negara ini daripada terus berjudi di sebuah kasino di Singapura sehingga mencecah RM7 juta sehari.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, jumlah tersebut adalah hasil perbelanjaan 3,000 rakyat Malaysia yang ke kasino tersebut setiap hari.
"Mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM2,400 seorang sehari dan jumlah tersebut akan menjadi RM210 juta sebulan.
"Perkara itu dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai, Datuk Tee Siew Kong baru-baru ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Pelangi di sini semalam.
Menurut Chee Boon, apa yang membimbangkan, kegiatan pinjaman ah long pula semakin menjadi-jadi sejak kasino tersebut mula beroperasi pada April lalu.
"Kumpulan ah long semakin banyak di Johor Bahru dan sasaran mereka adalah untuk golongan yang gemar berjudi.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

LIQIAN, China - Pakar-pakar sejarah percaya penduduk kampung di Liqian, pedalaman utara China, berasal daripada keturunan tentera Empayar Rom pimpinan Jeneral Marcus Crassus pada tahun 53 Sebelum Tahun Masihi (SM) yang menetap di kawasan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Penduduk kampung itu menarik perhatian pakar-pakar sejarah kerana kebanyakannya mempunyai kulit putih selain bermata hijau serta berambut perang seperti orang Barat.
Kini, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penduduk Liqian menunjukkan dua pertiga daripada mereka berasal daripada bangsa kulit putih.
Menurut teori pakar-pakar sejarah, penduduk kampung tersebut berasal daripada keturunan 145 askar Rom yang melarikan diri selepas ketua mereka, Jeneral Crassus terbunuh dalam perang menentang askar-askar negara Parthia di Parsi, kini Iran.
Jeneral Crassus atau nama sebenarnya Marcus Licinius Crassus merupakan pemimpin tentera Rom yang terkenal dan seangkatan dengan Julius Caesar dan Pompey yang pernah dianggap sebagai tiga orang paling berkuasa di dunia.
Kaitan kampung tersebut dengan Rom pertama kali dinyatakan oleh seorang pakar sejarah Cina di Universiti Oxford London pada tahun 1950-an, Homer Dubs.
Beliau percaya saki-baki tentera Rom itu mengembara ke timur selepas perang tersebut dan mereka kemudiannya ditangkap oleh tentera China. - Agensi
cuba cek sebelah kiri dan kanan anda, entah2 ada yg berketurunan askar Siam, askar British, askar Jepun, Bintang Tiga, Hang Tuah dan Hang Jebat...siapa tahu?
BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.
Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.
Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak
bagi menghadapi cabaran pekerjaan. - Agensi
Kopi Tongkat Ali? Kopi Janda? Kopi Jantan? Kopi Radix? Kopi Kapal Api? Kopi timbang?















