Friday, February 26, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat : Bab 1 - Syariat Kelahiran


"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma." - Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.


Tangisan bayi bergema memecah keheningan suasana. Kehadiran ahli keluarga baru itu memang dinanti-nantikan khususnya oleh si ibu dan juga si bapa. kelahiran bayi sebagai penghubung jambatan kasih suami isteri adalah suatu rahmat Allah SWT yg tidak ternilai harganya.

Kesempurnaan Islam tergambar dengan jelas dari peringkat awal kelahiran insan. kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas yang Islam tentukan.


Memberi Khabar Gembira dan Tahniah atas Kelahiran Bayi

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.

Jika kita menyoroti sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW, kita akan dapati bahawa ketika Baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberikan khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu majikannya dengan mengatakan :

"Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah."

Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.


Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

Berikut merupakan perkara-perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi :

1- Azan dan Iqamat
2- Tahnik
3- Memberikan nama yang baik
4- Akikah dan bercukur rambut
5- Berkhitan

Indahnya Hidup Bersyariat,
Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab Hamid

p/s : mahu memiliki buku ini, tempahan boleh dibuat melalui 014-8415674 atau melayari http://www.stormreaders.net/MY250081 dgn harga RM55 sahaja...

Indahnya Hidup Bersyariat


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Dapatkan buku yang paling laris di http://www.stormreaders.net/MY250081 atau boleh juga ditempah melalui sms 014-8415674...