- 2009 - Militan paling dikehendaki Indonesia Noordin Mohammad Top terbunuh dalam satu serbuan polis di Jawa Tengah.
- 2006 - Sweden mengadakan pilihan raya dan dimenangi oleh Moderaterna.
- 1978 - Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menandatangani Perjanjian Kem David selepas 12 hari berunding secara rahsia di Kem David.
- 1939 - Perang Dunia Kedua: Kesatuan Soviet menyertai serangan Jerman Nazi ke atas Poland.
- 1916 - Perang Dunia Pertama: Juruterbang handalan Luftstreitkräfte Jerman "Red Baron" memenangi pertarungan udara pertamanya berhampiran Cambrai, Perancis.
- 1894 - Tentera Laut Imperial Jepun menewaskan Armada Beiyang Dinasti Qing China dalam Pertempuran Sungai Yalu, pertempuran laut terbesar dalamPerang China-Jepun Pertama.
- 1809 - Perjanjian Fredrikshamn menamatkan Perang Finland antara Rusia dan Sweden, dengan Finland mendapat autonomi Grand Duchy di bawah Czar Alexander I.
- 1176 - Perang Byzantine–Seljuk: Turki Seljuk menghalang Byzantine dari menawan pedalaman Anatolia dalam Pertempuran Myriokephalon di Phrygia.
No comments:
Post a Comment