Selamat Hari Kemerdekaan Guinea-Bissau (1973)
Selamat Hari Republik Trinidad dan Tobago (1976)
Selamat Hari Warisan Afrika Selatan
- 1988 - Ben Johnson mencatat rekod baru lari pecut 100 meter di Sukan Olimpik Seoul dengan masa 9.79 saat, mengalahkan Carl Lewis dan Linford Christie, tetapi kemudian dibatalkan kerana pengambilan dadah.
- 1948 - Mekanik Soichiro Honda mengasaskan Honda Motor Co., Ltd. dan mula mengilang motosikal.
- 1903 - Alfred Deakin menjadi Perdana Menteri Australia kedua, menggantikan Edmund Barton yang menjadi hakim pengasas Mahkamah Tinggi Australia.
- 1890 - Gereja Mormon dengan rasminya menolak poligami.
- 1841 - Sultan Brunei berkenan untuk menyerahkan Sarawak kepada pengembara British James Brooke, yang kemudiannya mejadi Raja Putih.
- 1664 - Perang Belanda-Inggeris: Belanda menyerahkan kepada England New Amsterdam, sebuah penempatan berkubu milik Belanda di New Netherlandyang kemudiannya menjadi bandar raya New York.
- 622 - Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut baginda menyempurnakan Hijrah mereka dari Makkah ke Madinah.
No comments:
Post a Comment