
- 1998 - Pertubuhan bukan untung ICANN ditubuhkan bagi mengurus pemberian nama domain dan alamat IP Internet.

- 1976 - Upacara pengkebumian Mao Zedong berlangsung di Beijing.

- 1961 - Kapal terbang yang membawa Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld terhempas dalam keadaan misteri berhampiran Rhodesia Utara.
- 1931 - Peristiwa Mukden: Satu bahagian Landasan Kereta Api Manchuria Selatan yang dibina Jepun dimusnahkan, kononnya oleh pengganas dari China, memberikan alasan kepada Jepun untuk menawan Manchuria.

- 1919 - Kerajaan Belanda memberikan hak kepada golongan wanita untuk mengundi.

- 1895 - Daniel David Palmer memberikan rawatan kiropraktik pertama kepada Harvey Lillard yang pekak.

- 1809 - Teater kedua Royal Opera House di London dibuka selepas teater asalmusnah terbakar pada tahun sebelumnya.
1502 - Christopher Columbus mendarat di Costa Rica dalam pelayarannya yang keempat dan yang terakhir.

- 96 - Nerva telah dilantik oleh Senat untuk menjadi Maharaja Rom, yang pertama daripada Lima Maharaja Baik.
No comments:
Post a Comment